Syeikh Abdullah Fahim

Thursday, April 15, 2010


Beliau dilahirkan di Kampung Sha'ab Ali yang terletak berhampiran dengan Masjidil Haram di Makkah pada 1870. Terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa Abdullah Kampung Kubur Panjang, Kedah sebelum berpindah ke Makkah dengan bapanya Sheikh Ibrahim Tahir, seorang ustaz di Masjidil Haram. Di situlah beliau mendapat pendidikannya dalam bidang Islam.
Apabila dewasa, beliau mengajar astronomi, usuluddin, ilmu al-Quran dan Hadith.

Apabila pulang ke Tanah Melayu pada 1916, Abdullah Fahim mengajar ilmu teologi Islam di rumahnya di Kepala Batas dan Pondok Tuan Haji Wan Sulaiman Wan Sidik, Alor Setar. Beliau dijemput oleh Sultan Perak untuk menjadi pengetua Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada 1931.

Abdullah Fahim menjadi terkenal sebagai ulama masyhur di serantau pada masa itu. Tunku Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin Melayu lain sering mendapat nasihatnya dalam usaha mereka mendapat kemerdekaan. Beliaulah yang menasihati Tunku supaya bekerjasama dengan pemimpin kaum lain supaya penjajah British bersetuju memberi kemerdekaan. Abdullah Fahim juga mencadangkan 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan selepas membuat pengiraan hisab berdasarkan takwim Hijrah.

Beliau kembali ke rahmatullah pada 28 April 1961 sewaktu berusia 91 tahun.

Ulama mahir ilmu falak
Wasiat Sheikh Abdullah Fahim
Penentu tarikh kemerdekaan

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

AddThis

Bookmark and Share
 
 
 

Ahli Kelab