Sejarah Madrasah Idrisiah

Wednesday, April 14, 2010


Pada April 1922, bersamaan 1340 Hijrah, telah tersergam indah sebuah sekolah agama yang pertama di Perak, Madrasah Idrisiah. Ia dibina pada zaman pemerintahan Al-Marhum Sultan Iskandar Qaddassallah Shah. Nama Idrisiah Ini ada hubung kait dengan nama Al-Marhum Sultan Idris Murshidul 'Adzam Shah. Madrasah Idrisiah ini terletak di Bukit Chandan Kuala Kangsar. Kini telah berusia 78 tahun.

Pada zaman kegemilangannya Madrasah Idrisiah telah berjaya melahirkan ramai tokoh Islam yang disegani baik di dalam mahupun diluar perak, antaranya ialah mufti Negeri Perak iaitu, Dato' haji Harussani b. Zakaria, DPMP, AMN, PKT, PJK. Pada masa sekarang Madrasah Idrisiah kembali membangun seiring dengan kebangkitan syiar Islam di Malaysia.


1922 Hingga 1984 Madrasah Idrisiah telah beroperasi dengan menerima pelajar sulungnya pada tahun 1922 seramai 73 orang yang terdiri daripada anak-anak yatim. Pada masa itu, pihak pentadbiran Madrasah Idrisiah tidak mengenakan sebarang yuran kepada pelajarnya. Pada tiga tahun pertama Madrasah Idrisiah hanya menerima pelajar-pelajar dari golongan anak yatim. Kemudian, oleh kerana permintaan untuk belajar di Madrasah Idrisiah semakin meningkat dari masyarakat sekitar, pihak pentadbiran Madrasah Idrisiah memutuskan untuk menerima kemasukan pelajar yang bukan dari golongan ank yatim juga.



Pada masa itu bilangan guru yang mengajar hanyalah seramai 8 orang termasuk mudir iaitu bersamaan dengan jumlah kelas yang ada pada masa itu. Sudah menjadi lumrah, setiap yang di atas akan jatuh ke bawah ibarat roda yang berputar, begitu juga dengan Madrasah Idrisiah yang turut mengalami zaman kejatuhannya ketika pentadbiran mudir kelima iaitu Dato' Haji Abu Al-Hassan b. Abd Majid.

Walaupun pelbagai uasaha telah dijalnkan untuk mengekalkan zaman kegemilangan, Madrasah Idrisiah tidak mampu bertahan berikutan dengan pelbagai tekanan dan masalah yang dihadapi. Antara faktor utama ialah masalah kekurangan guru akibat gaji gurunya yang rendah dan tidak bertambah berbanding dengan gaji guru dari sekolah lain. Faktor keduanya, Madrasah Idrisiah menerima kenasukan pelajar lemah dan tidak mampu menguasai pelajaran yang diajarkan. Bagi menaikkan kembali pencapaian Madrasah Idrisiah Dato' Haji Abu Al-Hassan telah menerima kemasukan pelajar perempuan namun usaha tersebut juga menemui kebuntuan.

Madrasah Idrisiah mengalami zaman kemerosotannya selama hampir 15 tahun. Tuan Haji Nawawi iaitu mudir ke-6 telah menyambung perjuangan Dato' Haji Abu Al-Hassan untuk membangunkan kembali Madrasah Idrisiah.


1985 Hingga Sekarang Apabila sistem Kurikulum Baru Sekolah Menengah diserapkan, guru-guru lama tidak dapat menyesuaikan diri. Bermula dari sini masalah tenaga pengajar timbul di Madrasah Idrisiah. Pihak Madrasah Idrisiah terpaksa meminta bantuan dari Dato' Abdullah Ahmad Badawi iaitu Menteri Pelajaran untuk mendapatkan bantuan guru-guru kerajaan. Akhirnya, Madrasah Idrisiah telah menerima 3 orang tenaga pengajar kementerian yang pertama iaitu Encik Shaari b. Haji Abdul Jalil, Encik Syed Isa b. Syed Ahmad dan Encik Ahmad Nasaruddin b. Ismail.
Madrasah Idrisiah telah menerima 12 orang guru wakaf untuk mengisi kekosongan guru. pendapatan mereka dibiayai oleh kerajaan negeri mengikut tahap kelulusan masing-masing.Sehingga kini Madrasah Idrisiah mempunyai 12 orang guru kementerian dan 23 orang guru wakaf.

Pada tahun 1986 pelbagai pembaharuan telah dilakukan di Madrasah Idrisiah. Perubahan pertama ialah waktu pembelajaran, para pelajarnya  diwajibkan menjalani 6 hari persekolahan dalam seminggu. Setiap hari waktu persekolahan bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 1.50 tengahari. Kecuali Hari Jumaat berakhir pada 11.50 pagi. Waktu persekolahan 6 hari seminggu dijalankan berdasarkan beberapa sebab iaitu bagi mengekalkan beberapa mata pelajaran lama dan memasukkan matapelajaran akademik. Sebab yang kedua ialah untuk memenuhi waktu belajar bagi mengelakkan pelajar dari membuang masa.

Perubahan lain yang dilakukan ialah menguatkuasakan semula undang-undang pemakaian pakaian seragam iaitu bagi pelajar putera mereka wajib memaki pakaian seragam putih termasuk songkok dan berkasut hitam. Bagi pelajar puteri pula mereka wajib memakai pakaian seragam sama seperti pelajar sekolah biasa termasuk bertudung putih dan berkasut hitam. Selain daripada itu pemakaian baju melayu dan bersampin hijau masih digunakan oleh pelajar putera untuk bersolat jumaat dan majlis-majlis rasmi. pada tahun 1988, pemakian baju batik telah dimulakan dan dipakai pada hari sabtu waktu persekolahan dan apabila keluar dari kawasan Madrasah Idrisiah juga untuk majlis-majlis rasmi.

Pada tahun 1993, peperiksaan SPM dan SRP/PMR pula mula dipusatkan di Madrasah Idrisiah. Ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya dimana calon Madrasah Idrisiah menumpang di sekolah lain. Dengan ini ia dapat memudahkan para calon SPM dan SRP/PMR menjalani peperiksaan.

Manakala sitem pendidikan Empat Thanawi pula yang dahulunya dimansuhkan telah kembali diadakan pada tahun 1995. Kelas pendidikan Empat Thanawi ini telah diadakan pada waktu sebelah petang. Ini bagi melengkapkan diri pelajar dengan ilmu yang secukupnya sebelum meninggalkan Madrasah Idrisiah.



0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

AddThis

Bookmark and Share
 
 
 

Ahli Kelab