Syeikh Abdullah al- maghribi, mrupakan salah seorang tokoh ulama yang memainkan peranan yang besar dalam mengislahkan masyarakat Islam di Malaya sekitar tahun 1930- an. Beliau berasal daripada Libya, pernah belajar di Hijaz telah menghabiskan sebahagian besar dan perjuangannya di Malaya.
Melaui akhbar Saudara, beliau berjuang dalam bidang pendidikan,pensuratkhabaran, danpenglibatan dengan masyarakat. Kejayaan ini dapat dibuktikan apabila pihak pemerintah british mengambil tindakan terhadap beliau sehingga beliau terpaksa pulang ke Hijaz selepas perang Dunia Kedua tamat , iaitu pada tahun 1946.
Beliau berusaha menyalurkan sumbangan seperti menangani isu pendidikan secara formal kepada perempuan,menyelesaikan salah faham masyarakat dalam bidang akidah dan menambah baik kefahaman mereka tentang hari kebesaran Islam.Perjuangan beliau ini dapat dilihat melalui beliau telah menempah satu kolum khas untuk mempromosikan Madrasah Huda, yang memberikan pendidikan secara formal kepada perempuan.
Beliau juga merupakan tokoh yang berperanan penting dalam persatuan Sahabat Pena Malaya atau PASPAM, yang menggalakkan ali- ahlinya untuk memartabatkan bahasa Melayu dan tulisan Jawi.
Saiyid Abdullah Al-Ghadamsi sebarkan ilmu dari Libya ke Malaysia
Alamat
Madrasah Idrisiah Bukit Chandan
33000, Kuala Kangsar, Perak
Malaysia.
Tel: 605-776 1961 Faks: 605-776 8258
Pautan Blog
Syeikh Abdullah al- maghribi
Thursday, April 15, 2010Posted by BangDon - Servis Buat Blog Ala Website at 7:03 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.